Ahad, 11 Oktober 2009

ZIARAH DAKWAH

ISNIN, 5 Okt. 2009: Ketua Unit Operasi Dakwah, Tuan Haji Ahmad Hamizi bin Abu Hassan bersama Ustaz Roslan bin Mohd Yunus telah melakukan ziarah dakwah ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh. Tujuan utama program ziarah ini adalah untuk bertemu dan bersua muka dengan Guru Pendidikan Islam (GPI) serta mendapatkan gambaran sebenar berkaitan perancangan dan pelaksanaan program dakwah di sekolah ini.

Hasil pertemuan selama satu jam dengan semua GPI yang hadir pada hari tersebut, iaitu seramai 13 orang (seorang tidak hadir - bercuti), Unit Operasi Dakwah sangat berpuas hati dengan semangat kerjasama serta iltizam tinggi yang ditunjukkan oleh mereka dalam merangka dan melaksanakan aktiviti dakwah di sekolah ini. Antara hasil yang dapat dilihat ialah kejayaan mereka membimbing murid-murid dalam tilawah al-quran sehingga memungkinkan seramai 114 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 telah berjaya 'Khatam Al-Quran' pada tahun ini. Sehubungan itu majlis khatam al-quran khusus untuk murid-murid ini telah diadakan oleh pihak sekolah pada 1 Oktober 2009 yang lalu, sebagai pengiktirafan kepada murid yang berjaya, disamping sebagai motivasi kepada murid-murid lain.

Program ziarah dakwah ini merupakan salah satu daripada usaha Unit Operasi Dakwah untuk mendekati dan bersama GPI di sekolah dalam usaha memartabat serta memperkasakan dakwah di sekolah. Hal ini adalah kerana sasaran dakwah yang paling utama ialah disekolah. Sehubungan itu program ini akan diteruskan bagi memastikan semua GPI yang merupakan kelompok dibarisan hadapan dalam pelaksanaan dakwah sentiasa mendapat suntikan semangat dan info terkini berkaitan aktiviti dan pendekatan dakwah di sekolah. Sama-samalah kita berdoa agar usaha dakwah untuk membawa murid-murid yang berada di bawah jagaan kita ini menjadi 'Insan Soleh' diredhai dan diberkati Alah s.w.t. Insyaallah...




Barisan Guru Pendidikan Islam SK Tanjung Lalang




Sedang mendengar info dakwah daripada KU UOD



KU UOD bersama En. Mohd Nor, Guru Besar SKTL di Bilik j-QAF

1 ulasan:

  1. Tahniah Guru Pendidikan Islam SK Tg Lalang Temerloh, empat belas orang guru adalah satu angka yang besar pada satu-satu sekolah. Kita seharusnya bersyukur kerana dengan adanya tenaga yang besar itu sudah tentulah dirasakan bahawa tiada masalah bagi sekolah ini untuk mengadakan sebarang aktiviti keagamaan sekolah pada setiap masa.Contoh aktiviti bulan dakwah, aktiviti dakwah di sekolah, Ihya' ramadan, solat jemaah di sekolah, tadarus al quran berterusan, solat hajat dan lain-lain. Buktikan kesungguhan itu mancapai hasrat PKKP di sekolah. Kelas-kalas j-QAF adakah pelaksanaannya telah baik dan memuaskan?... cari kelemahan yang ada dan cuba atasi segera, adalah diharapkan semua guru-guru ini sentiasa mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa.

    BalasPadam