Selasa, 9 Februari 2010

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM 2010

Assalamualaikum... Selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ini kita warga pendidikan Islam akan lebih cemerlang lagi. Untuk makluman semua program terkini Unit Operasi Dakwah di awal tahun baru ini ialah 'Mulataqa GPI 2010'. Program ini berbentuk siri jelajah oleh kepimpinan Sektor Pendidikan Islam ke seluruh daerah di negeri Pahang dengan hasrat untuk bertemu dengan seluruh Guru Pendidikan Islam. Antara objektif program ini ialah untuk merapatkan ukhuwwah serta mengukuhkan jamaah di kalangan GPI Pahang. Disamping itu multaqa ini juga diharap mampu meningkatkan komitmen dan kerjasama di kalangan GPI di daerah dalam usaha untuk merealisasikan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Juga diharapkan program ini akan dapat meningkatkan motivasi diri GPI untuk membina kecemerlangan diri dan organisasi.

Alhamdulillah sehingga kini, UOD bersama kepimpinan SPI telah menjelajah ke empat daerah iaitu daerah Bentong pada 1/2/2010 (bertempat di SMK Seri Bentong), daerah Raub pada 2/2/2010 (bertempat di SMK Gali), daerah Maran pada 8/2/2010 (bertempat di SMK Jengka Pusat 2) dan di daerah Pekan pada 9/2/2010 (bertempat di SMK Seri Pekan)

Berikut dipaparkan sebahagian gambar-gambar sekitar 'Multaqa GPI' di daerah Bentong dan Raub. Bagi daerah lain, insyaallah akan dipaparkan kemuadian. Wassalam.

 












1 ulasan:

  1. Salam dan tahniah kepada Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang yang sentiasa menjadikan aktiviti dakwah sebagai saluran yang begitu berkesan untuk merapatkan hubungan pekerjaan yang secara profesional dikalangan guru-guru pendidikan Islam termasuk (GPI program j-QAF)dalam meningkatkan mutu kerja dan komitmen menjana insanie bagi menjadikan lapangan pendidikan sebagai wadah terbaik untuk menuju kecemerlangan di dunia dan akhirat...syabas

    BalasPadam