Sabtu, 13 Jun 2009

LATIHAN DAN PELAYARAN BERSAMA KAPAL MARITIM

TANJUNG GELANG: Pada 4 dan 5 Jun 2009 yang lalu, seramai 50 orang warga JPN Pahang telah mengikuti latihan dan pelayaran bersama kapal KM Langkawi (MARITIM) daripada Pelabuhan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan ke Pulai Tioman, Rompin. Latihan dan pelayaran warga JPN Pahang ini telah diketuai sendiri oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Pegawai-pegawai lain yang terlibat ialah Ketua Sektor-Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah dan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah seluruh Pahang serta wakil sektor dan unit di JPN Pahang. Sektor Pendidikan Islam telah diwakili oleh Ketua Sektor dan Ketua Unit Operasi Dakwah.

Pelayaran yang memakan masa selama 7 jam (sehala) itu telah diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah taklimat khas mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lawatan ke seluruh bahagaian kapal, solat berjamaah (jamak dan qasar) di ruang pendaratan helikopter dan acara ramah mesra bersama anak kapal.

Gambar-gambar semasa pelayaran.











1 ulasan:

  1. memperbanyakkan lagi pelayaran bersama jabatan lain agar jabatan lain lebih mengenali lebih banyak mengenai apmm dan mengikuti pengetahuan dalam pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota maritim

    BalasPadam