Rabu, 27 Mei 2009

SALAM DAKWAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya layak bagi Allah s.w.t. tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas taufiq dan hidayahNya laman blog Unit Operasi Dakwah ini dapat direalisasikan. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kami di unit ini untuk terus mengendalikan laman blog ini secara positif dan istiqomah dengan matlamat dapat menyebarkan segala maklumat berkaitan program dan aktiviti unit operasi dakwah yang dirancang sepanjang tahun.

Terlebih dahulu, suka saya memperkenalkan Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang ini kepada para pengunjung sekalian agar pertemuan kita selepas ini lebih mesra dan bermakna, bak kata pepatah melayu, "tak kenal maka tak cinta".

Unit Operasi Dakwah merupakan salah satu daripada tiga unit yang terdapat di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pahang. Unit ini dianggotai oleh lima orang pegawai, iaitu terdiri daripada seorang ketua unit, dua orang penolong pengarah dan dua orang penyelia kanan. Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana dan memantau segala program dan aktiviti berkaitan dakwah dan kepimpinan, pengembangan syiar Islam, pengukuhan budaya dan nilai Islam serta kawalan akidah dan pemikiran Islam. Sementara kumpulan sasaran bagi program dan aktiviti unit operasi dakwah ini ialah semua warga pendidikan di peringkat negeri termasuk pegawai di JPNP dan PPD, para guru, staf sokongan di JPNP, PPD dan sekolah serta para pelajar.

Disamping penyebaran maklumat berkaitan program dan aktiviti, laman blog ini juga diharapkan mampu menjadi medan dakwah yang relevan dan berkesan dalam usaha membangunkan 'modal insan' gemilang khususnya dikalangan pelajar. Sehubungan itu pandangan, cadangan dan idea daripada para pengunjung laman bolg ini khususnya di kalangan Guru Pendidikan Islam amat dialu-alukan. Diharapkan segala pandangan itu nanti mampu menambahbaik program dan aktiviti sedia ada ke arah memartabat dan memperkasa kerja-kerja dakwah.

Setakat ini dahulu untuk pertemuan kali ini. Sehingga bertemu lagi dalam catatan akan datang, sambutlah salam dakwah daripada kami di Unit Operasi Dakwah, JPN Pahang.

Wassalam.

Haji Ahmad Hamizi Abu Hassan
Ketua Unit Operasi Dakwah

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam ziarah. Semoga blog ustaz ini menjadi satu wasilah dakwah sebagaimana yang diharapkan. Alhamdulillah dan tahniah.wassalam.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum...

    Tahniah kerana berjaya mewujudkan blog. Semoga ia menjadi medan untuk meninggikan syiar Islam.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.
    Tahniah kerana telah berjaya menyediakan blog untuk unit dakwah.

    BalasPadam