Sabtu, 26 Mac 2011

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PEKDIS PAHANG 2011

Assalamualaikum... Sahabat GPI yang dirahmati Allah sekalian, suka saya maklumkan bahawa PEKDIS Pahang akan mengadakan Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Pahang kali ke 6, tahun 2011 pada ketetapan berikut:
             TARIKH    : 9 APRIL 2011
              HARI        : SABTU
              MASA       : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG
              TEMPAT   : SMK SERI BENTONG, KARAK
              PERASMI : YH. DATO' HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD
                                 Pengarah Pelajaran Pahang

PERINCIAN PROGRAM:
8.30 pagi    - Pendaftaran & sarapan pagi
9.00 pagi    - Mesyuarat agung bermula
11.00 pagi  - Mesyuarat agung dijangka tamat
11.30 pagi  - Perasmian Mesyuarat Agung PEKDIS & Majlis meraikan persaraan   
                    KPP SPI
1.00  t/hari - Jamuan makan tengahari
2.00 ptg.     - Tamat program / bersurai

SEHUBUNGAN ITU PENGERUSI DAN SELURUH JAWATANKUASA PEKDIS PAHANG MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN SEMUA GPI SELAKU AHLI PEKDIS UNTUK HADIR KE MESYUARAT AGUNG TERSEBUT.
KERJASAMA GPI/AHLI PEKDIS DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KALI INI AMATLAH DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

SEKIAN, SELAMAT BERMESYUARAT.

Selasa, 22 Mac 2011

ZIARAH DAHWAH DI SK RINGLET

Assalamualaikum... sahabat GPI sekalian, moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah. Pada 22 Mac 2011, kami daripada Unit Operasi Dakwah telah melakukan ziarah dakwah di Sekolah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highlands bagi melihat perancangan dan pelaksanaan program / aktiviti dakwah di sekolah tersebut. Pegawai yang terlibat ialah Ustaz Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ustaz Yahaya bin Tahir, Ustaz Sabarno bin Husin daripada UOD, JPN Pahang serta Ustaz Abas bin Abdul Jabar dan Ustazah Hajah Hawa binti Zaman daripada PPD Cameron Highlands.

Tahniah kepada semua GPI SK Ringlet atas usaha gigih menyediakan perancangan dakwah untuk dilaksanakan diperingkat sekolah. Kami mendoakan agar semua program yang dirancang mampu dilaksanakan dengan jayanya disamping mendapat keredaan Allah.

Berikut dipaparkan gambar kenangan semasa ziarah dakwah di SK Ringlet.










Ahad, 20 Mac 2011

MESYUARAT BERSAMA KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Alhamdulillah tahun 2011 telah membuka lembaran baru kepada Unit Operasi dakwah dan PEKDIS Pahang kerana berjaya merancang dan melaksanakan mesyuarat bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah JPN Pahang. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini bertujuan menyampaikan maklumat penting berkaitan Unit Operasi Dakwah dan PEKDIS kepada Guru Pendidikan Islam di sekolah disamping menyelaras aktiviti dakwah di peringkat sekolah. Diharap pertemuan ini dapat memberi impak yang terbaik kepada pengurusan dakwah di peringkat sekolah. Terima kasih kepada Penyelia Pendidikan Islam di setiap daerah atas kerjasama sepenohnya dalam menjayakan pertemuan ini.

Berikut jadual pelaksanaan mesyuarat di setiap daerah:

  1. Maran - 10/2/2011
  2. Pekan - 14/2/2011
  3. Bera - 16/2/2011
  4. Temerloh - 17/2/2011
  5. Jerantut - 22/2/2011
  6. Kuantan - 23/2/2011
  7. Bentong - 1/3/2011
  8. Raub - 2/3/2011
  9. Kuala Lipis - 3/3/2011
  10. Rompin - 8/3/2011
  11. Cameron Highlands - 21/3/2011